Sifat sabar seharusnya ditanamkan dalam diri dan jiwa setiap muslim
sebagai menifestasi iman . secra ringkas, sabar bermaksud tahan menerima
penderitaan yang tidak disenangi dengan reda dan menyerahkan diri kepada Allah .
Menurut pandangan ahli falsafah islam ,
penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek :
1. Sabar dalam ibadah :
tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh
ketaatan seperti solat , puasa , zakat , haji dan amal-amal ibadah
lain yang dituntut dalam islam .
2. Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana :
Allah s.w.t sentiasa menguji keimanan hambaNya dengan pelbagai
kesulitan , penderitaan , bala dan bencana .
3. Sabar terhadap maksiat :
menahan diri untuk menghindarkan daripada melakukan segala perbuatan
jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang
ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah s.w.t
4. Sabar dalam perjuangan :
tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala
kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran .
5. Sabar terhadap pengaruh duniawi :
islam menggariskan bahawa umat islam tidak seharusnya terpengaruh dengan
kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan
hidup di akhirat .